25 December 2019

ARDELL DEDAH HAMIL 4 BULAN: "MAAFKAN UMI TAK SEDAR KEHADIRAN AWAK..."


Jika sebelum ini hanya mengesahkan dirinya hamil anak sulung baru-baru ini, kini pelakon Ardell Aryana mendedahkan bahawa usia kandungannya itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan. Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram miliknya.





"Assalamualaikum semua #Alhamdulillah active sihat 1 hari lagi 4 bulan usia nya. Saya nak tanya awak ada pengalaman Alahan sewaktu hamil? Apa jenis alahan awak sepanjang hamil yang awak rasa terseksa sikit? Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok genap 4 bulan usia ni dalam perut umi maaf kan umi tak sedar kehadiran awak, tiba-tiba awak da boleh gerak tendang2 je Masyaallah.

"Inshaallah,nak semoga kita sama2 kuat & sihat untuk sampi kan amanah semua penderma yang sangat pemurah untuk hulur bantuan kepada saudara syiria kita disana yang hebat dugaan dan ujian nya. Inshaallah bantuan awak semua sampai kepada mereka," tulis Ardell.

Menerusi entri berkenaan, pelakon drama 'Tak Ada Cinta Sepertimu' itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya. Pendedahan Ardell itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan rakan artis dan pengikutnya. Rata-rata mereka gembira dengan perkhabaran tersebut dan tidak sabar untuk melihat Ardell bergelar seorang ibu.

Klik untuk gambar besar


"Ya Allah, empat bulan dah?! Takde alahan sayangku, jangan layan sangat jangan fikir sangat tau pasal alahan-alahan ini. Insya-Allah okay je. Tak sabarnya nak tengok baby macam tak percaya kita duk shoot Anakku Diva dulu sekali sekarang awak dah mengandung," komen pelakon Ramona Zamzam.

Manakala menerusi laman Instagram suaminya yang juga seorang pelakon, Nadzmi Adhwa pun turut berkongsi video isteri kelihatan gembira apabila dimaklumkan berita gembira tersebut di sebuah klinik.

"Gembira hati saya tengok awak senyum @ardellaryana Happy sangat awak sama macam saya. Kesihatan awak dengan baby kena jaga ya. Saya ada sebelah awak sentiasa. Thank you Dr Kamsiah taking care of my wife. First time dapat tahu sebak. Lepasni kita pergi babymoon di Turkey sambil buat misi kemanusiaan dekat Syria MY Doakan kami ya. #Adhwardell Junior dah 4 bulan esok," kata Adhwa pula.

Terdahulu, suami Ardell yang juga pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya pada minggu lalu. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: