26 December 2019

BILA ANAK-ANAK RITA JADI TUMPUAN ORANG ARAB, SIAP ADA NAK BELI!


Menerusi satu entri yang dimuantaik, pelakon Rita Rudaini telah mendedahkan bahawa kedua-dua anaknya yang turut serta bersamanya di Kota Makkah bagi mengerjakan umrah baru-baru ini sering menjadi tumpuan masyarakat di sana.





Bahkan, Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar, 43, berkata, kedua-dua anaknya itu acap kali didekati lelaki Arab kerana menyangkakan bahawa mereka berketurunan Arab.

"Depa ramai org suka kt sana... paling selalu kena tangkap peluk, Arjuna... org arab ingt anak arab... sampai mintak kt mommy nak beli... Ryan pon sama.. org tanya dia 'mak arab ke?' Jenis arab gelap...

"Alhamdulillah ramai syg n suka depa..... ramai peminat kt sana... Ryan di minati pakistan 'challo beta'... #theAiritsjourney," tulis Rita di ruangan kapsyen.

Klik untuk gambar besar


Dalam entri tersebut, Rita turut berkongsi rakaman video anak-anaknya didatangi lelaki-lelaki Arab untuk bergambar bersama-sama mereka. Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata menyifatkan orang Arab memang cukup suka mendekati golongan kanak-kanak. Namun, ada juga beranggapan barangkali ia merupakan cubaan untuk memenangi hati Rita.

"Arab ni memang sukakan budak-budak. Kalau perhatikan ada sahaja budak-budak lalu, depa mai peluk dan sedekah duit." - "Suka kat mak dia sebenarnya, ambik hti anak dulu cewahh." - "Saje la tu sebab tengok mak dia lawa.. hehe," tulis sebahagian netizen.

Rita dan dua anaknya, Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, berlepas mengerjakan ibadah umrah pada 12 Disember lalu. Ia merupakan kali ketiga Rita mengerjakan umrah.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: