26 December 2019

DIDAKWA SOMBONG TOLAK BERGAMBAR - FASHA TAMPIL 'BASUH' INDIVIDU


"Assalamualaikum, Ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh SITI SARA DI FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat). Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier. First of all, terima kasih SITI SARA diatas posting ini.





"Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah, sebab fokus utama saya adalah anak2, BUKAN UNDI ANUGERAH Ingin saya jelaskan disini ya, YA SAYA MEMANG BERUBAH MENJADI SOMBONG DI SITUASI INI, DEMI KESELAMATAN SAYA DAN ANAK2.

"PEMINAT YANG TAK FAHAM TENTANG SAYA, SILA HADAM JAWAPAN SAYA. Jangan GANGGU SAYA KETIKA: 1. Ketika saya bersama dengan anak2 saya, anak2 buah saya, dan dengan anak2 sahabat2 saya, kerana TANGGUNGJWB MENJAGA anak ni bukan TUGAS YANG MUDAH, seminit terleka, anak boleh HILANG! - 2.Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan. , sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut

"3. Dikaunter tiket atau access mana2 tempat sesak dengan anak2 - 4. Ketika saya sedang MENGADAP REZEKI MAKAN DENGAN KELUARGA SAYA. Ingat ya, SELEPAS SAYA MENJADI SEORANG IBU, populariti bukan KEUTAMAAN SAYA. TUGAS SAYA SEBAGAI IBU DAN ISTERI ADALAH NOMBOR SATU. ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT, KAMI MILIK ALLAH DAN KELUARGA KAMI.

Klik untuk gambar besar


"Jadilah PEMINAT YANG BIJAK, TENGOKLAH MASA SESUAI NAK MINTAK SELFIE, ORANG LAIN BERIBU2 dapat je BERSELFIE DENGAN SAYA MASA AWAK MINTAK NI TAK KENA MASA, LEPAS TU NAK VIRAL2 burukkan ARTIS. Hina muka saya, Hina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar.

"Sejujurnya AWAK TELAH FITNAH SAYA. Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak2 saya sekejap. Lepas saya bayar dan lepas anak2 saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. LILAHI TAALA.

"Apapun TERIMA KASIH. Saya harap penjelasan ini CLEAR, dan semoga PEMINAT DAPAT GUNA OTAK BILA MASA SESUAI NAK SELFIE DENGAN ARTIS, TERUTAMA ARTIS YANG DAH ADA RAMAI ANAK. JADILAH PEMINAT YANG BIJAK Terima kasih. @wlfs4eva," demikianlah tulis pelakon Fasha Sandha yang memberi penjelasan panjang lebar.

Baru baru ini ada dakwaan dari seorang peminat mengatakan yang Fasha dengan sombongnya menolak permintaan untuk bergambar bersama. Dalam kemaskini yang dimuatnaik menerusi Facebook, individu itu turut menyertakan gambar Fasha yang dilihat sedang beratur.



Fasha tidak mengambil masa lama untuk menjawab dakwaan peminat tersebut. Beliau menjelaskan yang permintaan peminat itu untuk bergambar tidak kena dengan masa kerana ketika itu beliau sedang sibuk bersama anak-anak sahabatnya.

Beliau juga mendakwa selepas selesai semua urusan di kaunter, beliau ada bertanya kepada pekerjanya tentang peminat yang mahu mengambil gambar bersama namun peminat tersebut sudah tidak dapat ditemui. Fasha turut berharap para peminat selepas ini lebih sensitif apabila mahu bergambar dengan artis terutamanya mereka yang sudah mempunyai anak yang ramai.

Bukan mudah bergelar artis popular, apa sahaja yang mereka lakukan pasti akan menjadi perhatian. Ke mana sahaja mereka pergi pasti ada mata yang memandang termasuklah peminat yang ingin bergambar, bersalam dan sebagainya.

Fasha juga merupakan manusia biasa yang inginkan privasi. Berikan ruang untuk dia meluangkan masa bersama keluarga tercinta, kita sebagai peminat perlu faham perkara itu. Ramai juga tahu sikap Fasha bukanlah sombong seperti didakwa.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: