29 December 2019

FITRI HARIS & ISTERI MAHU DIKURNIAKAN ANAK SECEPAT MUNGKIN


"Kalau boleh memang kami berdua nak dikurniakan cahaya mata dengan secepat yang mungkin sebab saya dan dia memang suka budak-budak. Jadi, buat apa nak tunggu lama-lama untuk merancang soal anak ini. Kalau ada rezeki awal, Alhamdulillah. Kalau tidak, kita terus mencuba," demikian kata penyanyi Fitri Haris.





Juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) itu berharap dikurniakan cahaya mata dengan cepat selepas mendirikan rumah tangga dengan Fazilah Omar pada 21 Disember lalu. Menurut Fitri, 35, dia dan isterinya enggan menunggu dan merancang terlalu lama soal anak memandangkan mereka berdua sukakan kanak-kanak.

Sebelum ini, Fitri membuat pengumuman dia sudah bernikah dengan pengurusnya sendiri yang berusia 32 tahun itu. Fitri mmeberitahu dia dan isterinya memilih untuk merahsiakan butiran mengenai pernikahan mereka atas permintaan kedua belah keluarga. Terdahulu, pasangan ini mengadakan majlis persandingan di Hotel Dorsett Kuala Lumpur pada 21 Disember dengan dihadiri keluarga, kenalan rapat dan pihak media.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Fitri meletakkan harapan yang besar terhadap rumah tangganya dengan Fazilah selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan terdahulu. Fitri turut meluahkan rasa bersyukur memliki pasangan yang sentiasa mahu membahagiakan dan membuatkannya tersenyum.

"Harapan saya memang sangat besar. Saya dan dia pun pernah melalui pengalaman berumah tangga. Sekarang ini, keutamaan anak-anak kami. Apa-apa pun, saya tak pernah jumpa wanita setabah dan rajin seperti isteri saya dan sangat bersyukur adanya dia disisi saya. Segala apa dia buat selama ini hanya untuk melihat saya bahagia dan tersenyum," ujarnya.

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isterinya di Singapura. Manakala Fazilah pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fitri Haris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: