02 December 2019

"HIDUP NI KOPI O KOSONG... SENGET MUKA.. SELALU TELAN, RINDU PAHIT ITU..." - SHARNAAZ


Pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi laman Instagram miliknya telah memuatnaik satu posting dimana dia berkata hidup ini umpama kopi o tanpa gula, walaupun pahit tetap ditelan kerana rindu dengan rasa pahit itu. Ini kerana kata Sharnaaz, dugaan yang pahit sebenarnya banyak manfaat dan kemanisannya akan hadir dengan lebih bermakna.





"Hidup ni macam kopi o kosong tanpa gula.. Pahit likat, nak telan pun senget muka.. tapi bila dah selalu telan, rasa rindu dgn pahit itu.. begitulah kehidupan.. Dugaan yg pahit sebenarnya banyak manfaat.. Jadi lebihkan pahit dalam kehidupan, supaya bila kemanisan yg hadir nanti lebih bermakna.. happy weekend sahabat hamba yg mulia semua," tulis Sharnaaz.

Dalam pada itu diruangan komen rata-rata pengikut meminta Sharnaaz terus positif dan kuat menempuhi hari-hari mendatang. Ada juga yang memberikan kata-kata semangat kepada Sharnaaz supaya tidak takut akan kepahitan kerana anak lelakinya, Jebat adalah kemanisan dalam kehidupan

Sharnaaz kini masih dalam proses perbicaraan kes penceraiannya bersama Noor Nabila dan enggan berbuat demikian kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina sejak dua tahun lalu. Sharnaaz juga telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya. Sebelum ini, Nabila turut memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: