24 December 2019

"INI BUKAN PERKARA MUSTAHIL, KALAU ADA 6 JUARA PUN SAYA OKAY" - NAQIU


Penyanyi Naqiu Boboy memberitahu dia masih lagi dalam rasa terkejut saat diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 6 (GV6) bersama penyanyi yang berasal dari Singapura, Hady Mirza. Penyanyi lagu 'Episod Cinta' itu mendedahkan pada awalnya dia terpinga-pinga, lebih-lebih lagi apabila melihat wajahnya bersama 'rakan juara' terpampang di skrin.





Bintang berusia 33 tahun itu menambah, ketika itu dia masih ternanti-nanti siapa bakal juara dan tidak menyangka buat pertama kali dalam sejarah, GV mengangkat dua juara sekali gus.

"Saya blur. Itulah kenyataannya. Saya fikirkan mungkin Astro sengaja meletakkan dua gambar. Namun ia masih begitu dan tiba-tiba saya mendengar pengumuman Gegar Vaganza punya dua juara. Saya blur sampai terlupa trofi. Saya bertanya kepada Hady, kita berdua juara?" katanya jujur.

Menepis dakwaan yang mengaitkan kemenangan bersama sebagai 'juara dirancang', sebagaimana yang dibayangkan sesetengah pihak, Naqiu akui Hady punya lebih harapan untuk ditabal sebagai juara.

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya saya fikirkan Hady akan menjadi juara kerana saya ada kesilapan lirik di bahagian rap dan sebab itu saya nyatakan saya blur dengan keputusan. sampaikan saya meminta Hady untuk menampar muka saya (ketawa) untuk kepastian, adakah ia benar?

"Dia penyanyi yang bagus dan saya akui tidak mampu 'lawan' dia. Yang terjadi sudah terjadi, tidak dinafikan kami berdua terkejut adakah pertandingan yang punya dua juara. Namun melihat kembali kepada Sukan Olimpik, pernah ada dua pingat emas dimenangi dalam acara yang sama. Ini bukan perkara mustahil. Kalau ada enam juara pun saya okay. Saya berpuas hati dengan apa yag berlaku," ujar Naqiu.

Atas tiket juara yang diraih, pemilik nama lengkap, Wan Naqiuddin Wan Najib membawa pulang RM100,000, trofi, pakej percutian ke Eropah Timur dan Asia Barat, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan serta penginapan hotel.

Bintang senior, Jatt Ali menduduki tempat ketika, Nurfatima di kedudukan keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam). Naqiu dan Hady bergelar juara bersama selepas markah mereka setara iaitu 87 peratus.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Naqiu Boboy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: