25 December 2019

"JANGAN MARAH HADY... 'LEMAHNYA' JURI MENILAI BAKAT NAQIU" - KHIR RAHMAN


"Malas nak cerita banyak.. kalau 'bintang' lah yg dicari.. Naqiu lah jualannya.. GV adlh program yg bersifat 'sekadar hiburan'.. jangan la ambik serius sangat.. sebarang keputusan adalah utk dijadikan 'talking point'.. demi business.. so relaks je. Sementara itu.. dlm masa yg sama.......... (haa sila sambung).





"Yg paling penting.. jangan sesekali marah kpd Hardy Mirza.. bukan dia yg membuat keputusan utk melepaskan 2 juara. 'Kejujuran' dan 'kuasa' keputusan adlh tanggungjawab Juri dan Astro.. hanya mrk yg boleh mengiyakan mahupun menidakkan permakahan yg didakwa sama itu.

"Sy faham.. pahat yg berbunyi ini sebenarnya bukanlah krn menafikan rezeki Hardy, sebaliknya krn terasa akan 'lemahnya' juri dlm menilai pelbagai bakat/versatile/zat bintang yg ada pd Naqiu.. hingga seolah2 rezeki Naqiu sbg juara mutlak pula dinafikan apabila akur pd permahakan.

Klik untuk gambar besar


"Typo, maksud sy 'permakahan'. Apapun.. keputusan 2 juara ini tak ada kene mengena dengan kekalahan 0-2 Man U kpd Watford pd sekitar waktu yg sama semalam.. malah takda kena mengena dgn keputusan KWSP utk minta pemegang akaun yg kritikal di hospital utk dtg dan sign sendiri," demikian ulas pelakon Khir Rahman.

Khir meminta meminta orang ramai agar tidak terus membuat spekulasi dan menghukum kedua-dua juara Gegar Vaganza 2019 atas keputusan malam Ahad lalu. Jelas Khir, baik Naqiu mahupun Hady Mirza kedua-duanya tidak seharusnya menjadi tempat untuk peminat meluahkan ketidakpuasan hati.

GV2019 melakar rekod apabila buat pertama kalinya menobatkan Naqiu dan Hady Mirza sebagai juara bersama. GV sebelum ini pernah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah dan Noryn Aziz sebagai juara musim-musim terdahulu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Twitter Khir Rahman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: