16 December 2019

"KALAU ADA BERITA GEMBIRA, PASTI KAMI BERITAHU" - NADZMI ADHWA SEDIA JADI BAPA


"Kalau dah namanya pun berkahwin, mestilah kita mahupun anak. Saya sentiasa bersedia untuk jadi bapa jika dikurniakan cahaya mata. Saya sangat bersyukur kalau Allah beri rezeki cahaya mata dalam masa terdekat ini," ujar pelakon Nadzmi Adhwa.





Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 27, mendedahkan dia melalui fasa bahagia sepanjang tiga bulan mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ardell Aryana. Malah, Nadzmi turut menyatakan hasratnya untuk menjadi bapa dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Nadzmi mengakui ada sahaja peminat yang tidak sabar mennatikan berita gembira tentang kehadiran cahaya mata: "Alhamdulillah, saya dan isteri happy... nak ikutkan ada saja peminat yang tanya.

Klik untuk gambar besar


"Kalau ada perkembangan atau berita gembira itu, pasti kami akan beritahu. Sejujurnya saya dan isteri tiada perancangan. Takut juga kalau cakap tak ada nanti Allah tak beri. Berkenaan jantina, saya tak kisah bayi lelaki atau perempuan, yang penting sihat, soleh dan solehah," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Nadzmi memberitahu dia dan isteri merancang untuk berbulan madu ke Turki seterusnya mengikuti misi kemanusiaan di Syria hujung Disember ini. Nadzmi dan Ardell disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: