18 December 2019

NADIA BRIAN BUAT PARODI ISTERI ALIFF SYUKRI - NETIZEN TERHIBUR, KATA SEBIJIK


Jika sebelum ini, penampilan bertudung Nadia Brian pernah mencuri tumpuan umum ketika menjayakan drama berjudul 'Diari Ratu', kini pelakon itu berkongsi video parodi dirinya tampil berhijab dengan meniru gaya Datin Seri Shahida yang juga isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.





Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi Brian, 28, memberitahu parodi tersebut dihasilkannya selepas ramai menegur paras rupanya mirip Shahida: "First time buat parody! Ramai sangat dah cakap muka Nadia sama dengan Datin @shahidadherbs bila pakai tudung bawal Sorry Datin! Sama ke guys? Comment sikit!," tulisnya menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram.

Lebih mencuit hati, menerusi perkongsian video tersebut, pelakon drama 'Dendam Aurora' itu dilihat mengenakan tudung bawal sambil meniru gaya percakapan Shahida. Bahkan, video parodi berkenaan turut mendapat respons daripada Shahida sendiri yang mengakui ramai yang menegur wajahnya mirip Nadia: "Haah, ramai orang cakap muka kita sama!!," tulisnya di ruangan komen.

Rata-rata pengikutnya juga turut terhibur dengan parodi tersebut dan menyifatkan Nadia berjaya mengelirukan orang ramai: "Mati-mati ingat @shahidadherbs.. adoi rupanye @nadia.brian ... muka sebijik" - "Sama!!! Saya tunggu awak mengandung buat parodi macam ni mesti lagi sama," tulis sebahagian netizen.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak Instagram Nadia Brian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: