30 December 2019

NADZMI ADHWA & ARDELL KE SYRIA UNTUK MISI KEMANUSIAAN: "DOAKAN KAMI..."


Akan berlepas ke Syria untuk menjalankan misi kemanusiaan bersama isterinya, aktres Ardell Aryana, aktor Nadzmi Adhwa memberitahu, misi selama 20 hari itu dilakukan dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan.





"Saya dipilih untuk menjadi ikon kemanusian Yayasan Dana Kebajikan bermula tahun lepas dan misi pertama saya adalah di Palu, Indonesia. Untuk kali ini, kami akan bercuti di Turki dahulu sebelum dijemput oleh Yayasan Dana Kebajikan untuk masuk ke Syria. Kami akan pergi bermula 27 Disember sehingga 18 Januari depan.

"Kami pergi tanpa dibayar, memang niat menyertai misi ini untuk meringankan beban mereka," kata Nadzmi yang turut berkongsi perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram, dengan memuatnaik sebuah foto keberangkatan dia dan isteri ke Turki dan Syria.

Klik untuk gambar besar


"Bismillah, doakan kami. Malaysia - Turkey - Syria SY Kita jalan dulu sekejap, lepastu terus sambung untuk misi kemanusiaan di Syria Selama 20 Hari. Teruskan menyalurkan bantuan ke account rasmi @ydkmm_official. Kami sedia bersama saudara syria kita Insyaallah," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan perjalanan pergi dan pulang mereka dilindungi. Peminat turut meminta Ardell dan Nadzmi agar menjaga kesihatan dan bayi di dalam kandungan yang kini berusia empat bulan.

Minggu lalu, Nadzmi mengesahkan isterinya hamil anak pertama. Pasangan comel ini berkahwin pada 1 September lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Seri Kembangan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nadzmi Adhwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: