11 December 2019

NIAT SERTAI GV6 TARIK PEMINAT MUDA - PENGIKUT IG JATT DULU 4K KINI LEBIH 20K


"Alhamdulillah, sejak sertai GV6 ini pengikut saya di IG pun bertambah daripada 4000 kini sudah ada lebih 20,000 pengikut. Sememangnya niat saya masuk program ini pun sebab nak cari peluang serta nak tarik peminat-peminat baru terutama anak-anak muda.





"Sekarang ini, mereka sudah mula kenal saya. Malah, ada seorang peminat berusia lima tahun yng melukis 'love uncle Jatt'. Saya bersyukur, maknanya generasi baru sekarang ini boleh terima saya walaupun usia sudah mencecah 63 tahun," ujar peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Jatt Black Dog Bone.

Jatt atau nama sebenarnya Tahir Ali ini memberitahu pengikut Instagram meningkat hampir 15,000 selepas sembilan minggu bertanding di program realiti itu. Jatt, 63, bersyukur kerana salah satu tujuan menyertai program itu adalah untuk menarik lebih ramai peminat baharu terutama generasi muda.

Klik untuk gambar besar


Selain Jatt, lapan peserta GV6 iaitu Naqiu Boboy, Hady Mirza, One Nation Emcees, Wann, Nurfatima, Sham Visa dan Noorshila Amin bakal mara ke minggu separuh akhir GV6 pada Ahad depan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Gadis Ayu' ini berkongsi tips menjaga kesihatan dan kekal cergas yang diamalkan sejak beberapa tahun lalu: "Kalau masa muda saya selalu joging tapi bila dah berusia 63 tahun ini, saya hanya lakukan slow walk sahaja bila ada masa terluang.

"Selain itu, saya dan isteri memang jaga pemakanan dan kami sudah amalkan makan makanan sihat sejak beberapa tahun. Untuk sarapan, saya hanya makan buah nenas atau telur rebus. Tengahari dan petang atau malam pula makan salad. Alhamdulillah, sehingga kini saya tak ada alami penyakit serius," katanya.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Jatt Ali Instagram


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: