26 December 2019

RISTEENA: "DIA (ISA) SELALU CAKAP... HIDUP INI SINGKAT & TAK TAHU BILA MATI....."


"Sejak kami kenal, saya nampak Isa sentiasa mahu membahagiakan serta menggembirakan saya. Dia lakukannya tanpa henti. Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya.





"Isa takut kalau nanti dia sudah tiada di dunia ini, tak sempat nak tunjuk sayangnya pada saya," demikian kata pelakon Risteena Munim yang memberitahu tunangnya, Isa Khan sentiasa mahu membahagiakannya selagi terdaya.

Semenjak mengumumkan sudah bertunang, pasangan ini dilihat semakin terbuka berkongsi mengenai hubungan cinta mereka di laman sosial. Boleh kata, hampir setiap hari, mereka akan memuatnaik video atau foto momen mesra serta bahagia bersama di media sosial.

Bagu-baru ini, Risteena berkongsi rakaman pendek momen-momen indah ketika bersama dengan tunangnya di laman sosial. Antara yang mencuri perhatian pengikut ialah aksi Isa menyuapkan makanan, membasuh kaki dan memotong kuku pelakon drama 'Playboy Itu Suami Aku' itu.

Tidak dinafikan, ada netizen yang kurang senang melihat aksi mereka yang terlalu sakan menayang kebahagiaan. Dalam pada itu, menurut Risteena, biarpun mendengar pelbagai cerita tidak baik mengenai Isa namun dia melihat tunangnya itu sentiasa memperbaiki diri agar menjadi yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar


"Setiap orang ada kekurangan yang kadang-kala sendiri pun tak nampak. Tak ada orang yang lahir terus menjadi sempurna dan semua orang ada buat silap. Asalkan kita tahu untuk berubah dan menjadi orang yang lebih baik.

"Saya selalu berpesan pada Isa, walau apa pun orang cakap fasal dia, buktikan pada mereka siapa dirinya sekarang. Dan Alhamdulillah dia menjadi seorang yang lebih baik sekarang ini. Ada orang yang buat salah tapi sampai mati pun tak nak berubah dan Isa bukan seperti itu," ujarnya.

Risteena dan Isa mendedahkan mereka mula berkenalan ketika menjalani penggambaran drama 'Bulan Di Kota Langit' dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu. Sebelum ini, Isa mengumumkan dia sudah melamar Risteena pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia dengan disaksikan wakil keluarga kedua pihak.

Masing-masing mempunyai perasaan cinta yang kuat dan saling menyayangi. Semoga hubungan mereka kekal bahagia selamanya. Bila nak naik pelamin? Kata orang perkara baik harus dipercepatkan, barulah bertambah 'sweet' bila hubungan yang terjalin sudah halal.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: