26 December 2019

IZREEN KONGSI FOTO RAI HARI JADI KEDUA-DUA TIRINYA


Pelakon Izreen Azminda baru-baru ini telah meraikan hari jadi dua anak tirinya dan berkongsi momen tersebut menerusi laman media sosial Instagram miliknya dengan memuatnaik beberapa keping foto.





Bukan itu sahaja, bintang berusia 34 tahun ini kelihatan sangat penyayang: "Happy belated birthday untuk Arish & happy birthday in advance untuk Ariq," tulis Izreen.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan dikurnikan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Adrian Umar, sebelum berpisah pada 2014.

Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namu bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak lelaki, Arish dan Ariq.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: