13 December 2019

SHARIFAH AMANI TERKILAN AKSI TERKEJUT DIRAKAM TANPA KEBENARAN


Pelakon Sharifah Amani menerusi Twitter miliknya telah meluahkan rasa terkilan dengan tindakan segelintir individu yang merakam reaksi dirinya terkejut tanpa kebenaran dan memuatnaik videonya di laman sosial. Pelakon filem 'Sepet' itu berkata, video yang memaparkan gelagat dan reaksinya dirakam tanpa kebenaran kemudian dijadikan 'meme' atau bahan gurauan di laman sosial adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.





"Terdapat sebuah video yang menunjukkan reaksi saya terkejut tersebar di Twitter. Video berkenaan diambil secara senyap-senyap tanpa kebenaran saya. Pada masa sekarang, saya rasa hal seperti ini agaknya sudah dianggap okay. Merakam orang tanpa kebenaran dan meletakkan apa sahaja kapsyen yang anda suka dan letak di media sosial. Terkilan," tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan anak kedua kepada pelakon veteran Fatimah Abu Bakar itu menerusi satu status yang dimuatnaik di Twitter miliknya. Jelas Amani lagi, dia kecewa apabila tindakan ala paparazi tersebut dibuat demi meraih Retweet.

Klik untuk gambar besar


"Saya sangat okay untuk berjumpa dengan orang yang memang ikhlas suka dengan hasil kerja saya dan mahu bergambar atau mahu (merakam) momen bercakap dengan saya. Saya sentiasa berterima kasih dengan mereka. Namun, perangai paparazi palsu ini sangat menyedihkanlah. Apa yang orang buat dengan banyak-banyak retweet. Kasihan," ujarnya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan reaksi pelakon filem 'Motif' dan 'Sindiket' itu terkejut ketika berada di hadapan kedai. Difahamkan video tersebut dirakam senyap-senyap oleh individu yang berada berdekatan tanpa pengetahuannya. Video berkenaan sudah mencecah lebih 6,000 retweets dan dikongsikan dengan pelbagai kapsyen jenaka.

Malah posting tersebut bagaimanapun mendapat respons positif darpada pengikutnya dan rata-rata bersetuju dengan pendapatnya selain mengkritik tindakan individu berkenaan: "Hari ini 'meme', mungkin esok 'deepfake'. Tunggu... #welcometothescaryfuture," komen seorang netizen dengan meletakkan tanda pagar 'Selamat datang ke masa depan yang lebih menakutkan' itu".


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram Sharifah Amani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: