14 December 2019

"DIUJI SEKALI LAGI... SAYA REDA YA ALLAH" - ANAK KEDUA NORA MENINGGAL DUNIA


"Inna Lillahi wainna ilayhi raji'un... Allah uji sekali lagi. Saya mahu bagi tahu semua, anak saya, Alif Johan, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Beliau kembali ke rahmatullah, pagi tadi, di rumah saya dan jenazahnya akan dikebumikan secepat mungkin, hari ini.





"Mohon maafkan kesalahannya. Saya diuji sekali lagi... Saya reda Ya Allah," demikian kata penyanyi Nora Ariffin yang memaklumkan anak keduanya, Alif Johan, 20, telah meninggal dunia secara mengejut di kediaman keluarga, pagi tadi menerusi perkongsian video pendek.

Berita sedih terbabit dikongsi Nora, 46, di laman Instagramnya, ketika penyanyi 'Di Persimpangan Dilema' itu berada dalam pesawat untuk pulang dari Singapura. Alif adalah anak kedua daripada empat bersaudara hasil perkahwinan Nora dengan Johan Nawawi. Komposer terbabit meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.

Klik untuk gambar besar


Menurut saudara terdekat, jenazah Allahyarham yang dipercayai meninggal dunia secara mengejut di rumahnya itu kini sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. Alif atau nama penuhnya Muhammad Syakir Alif Johan aktif di arena nyanyian, malah mara sebagai 20 calon protege Mentor Milenia 2019.

Bercita-cita meneruskan legasi bapanya dalam bidang muzik, pelajar tahun akhir jurusan perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu kerap menunjukkan bakat dalam pelbagai pertandingan nyanyian. Pada 6 Disember lalu, Allahyarham memuatnaik video kemenangannya sebagai juara pertandingan Clash of the Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), membawakan lagu Salam Terakhir.

Sebelum ini, Alif yang pernah mengalami masalah berat badan hingga mencecah 130 kilogram (kg) menjalani pembedahan bariatric dan berjaya menurunkan berat 40 kg dalam tempoh beberapa bulan.












www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Nora Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: