14 December 2019

SEKALI LAFAZ - AIN EDRUCE SAH BERGELAR ISTERI AHLI PERNIAGAAN


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 27, yang telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam semalam dengan sekali lafaz. Walaupun persiapan dibuat pada saat-saat akhir, Ain memanjatkan rasa syukur atas majlis yang berlangsung dengan sempurna.





"Alhamdulillah, majlis dapat diadakan dengan sempurna walaupun persiapan dibuat pada minit akhir kerana kesibukan saya dalam lakonan. Semoga perjalanan kami dalam fasa fasa baharu sebagai suami isteri dipermudahkan. Saya juga tidak menganggap status sebagai isteri sebagai penghalang untuk mengembangkan jenama sendiri dalam dunia seni," katanya.

Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung Quill City Mall, Kuala Lumpur yang dihadiri keluarga terdekat. Ain menerima mas kahwin RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima. Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Klik untuk gambar besar


Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ar Edruce Sabri, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid. Majlis resepsi Ain dan Amirul akan diadakan di lokasi sama, esok. Pasangan ini bertunang pada 22 Jun lalu.

Ain berkata, dia terpikat dengan suaminya, yang dikenali menerusi Instagram, kira-kira setahun lalu, kerana sikapnya yang berbeza dengan pemuda lain: "Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan. Walaupun bukanlah terlalu romantik, dia lelaki yang suka berterus-terang".










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram Ain Edruce


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: