Menerusi laman Instagram, pelakon Noorkhiriah memaklumkan suaminya, Azfaizul Ahtan telah dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami masalah kesihatan. Biarpun tidak didedahkan punca, Khiriah memohon doa daripada semua pihak untuk mendoakan kesembuhan suaminya.

"Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Mohon doakan kesembuhan buat suami akak ye, terima kasih," tulis Khiriah menerusi laman Instagramnya dan meneriman komen dimana rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan supaya suami Khiriah kembali pulih selepas menerima rawatan.
Untuk makluman semua, Khiriah dan Azfaizul telah mendirikan rumah tangga pada November 2006. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noorkhiriah
________________________

No comments:
Post a Comment