25 December 2019

TAK TERKESAN - RUHAINIES ENGGAN KAHWIN KERANA DESAKAN & SINDIRAN


Pelakon Ruhainies, 27, menerima sindiran segelintir warganet yang mempersoalkan bila dia mahu berkahwin, apatah lagi, adik kepada pelakon Risteena Munim itu dilihat sering berkongsi ceritera indah percintaannya bersama kekasih dikenali sebagai 'Mr E' di Instagram (IG).





Mengulas sindiran terhadapnya apabila ada beberapa selebriti terus berkahwin tanpa terlalu mencanang percintaan mereka, Ruhainies bagaimanapun tidak sedikit pun terkesan dan berkata, soal jodoh ketentuan Allah.

"Untuk saya, buat masa ini masih dalam perbincangan ke arah perkahwinan dan belum ada kata putus. Apatah lagi, saya ada kakak iaitu Nur Risteena yang mungkin akan berkahwin dahulu kerana sudah bertunang," ujarnya.

Menurut pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia juga memiliki pendirian tegas berhubung soal perkahwinan: "Saya yakin setiap orang memiliki pendirian tersendiri. Begitu juga dengan saya, kalau nak kahwin biarlah bila sampai jodohnya.

"Terus-terang, saya tidak akan buat keputusan nak berkahwin hanya disebabkan termakan desakan dan sindiran daripada orang luar. Kalau ada warganet yang berterusan nak mengata, saya tak ambil peduli pun selagi mereka tidak mencalar maruah saya dan keluarga," katanya.

Klik untuk gambar besar


Mengakui dirinya sering menjadi perhatian media kerana cerita peribadi, Ruhainies berkata, dia berkongsi apabila ditanya: "Saya seorang yang positif dan pasti menjawab apa saja ditanyakan media meskipun ia kisah percintaan. Bagi saya, selagi apa yang dituliskan itu tidak keterlaluan sewajarnya untuk saya memberi kerjasama".

Dalam perkembangan lain, Ruhainies masih sibuk dengan aktiviti lakonannya dan berkata, dia bersyukur tawaran berlakon tidak putus diterima. Katanya, dia akan terbabit dengan penggambaran filem adaptasi novel berjudul 'Seandainya Kau Ada' bersama Mira Filzah, Fendy Bakry dan Aidit Noh.

"Apapun, sekarang saya terbabit dengan penggambaran drama 18 episod untuk slot Samarinda TV3 berjudul Maaf Tak Indah," tuturnya yang engulas rakan pelakon lain yang bekerjasama dengannya ialah Azlee Khairi, Azar Azmi, Fizo Omar dan ramai lagi.

Tidak mengapalah, biarlah Ruhainies 'enjoy' dahulu saat-saat indah ketika bercinta. Doakan yang terbaik buatnya dan kekasih, semoga kekal bahagia selamanya dan ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: