25 December 2019

DESAS-DESUS BAKAL KAHWIN 2020 - INI JAWAB MIRA FILZAH


"Itu kuasa Allah, nak kata ya atau tidak kita tak tahu apa yang akan berlaku pada tahun 2020. Sepanjang 12 bulan itu apa sahaja boleh jadi. Saya tak boleh komen lanjut mengenai soal itu (kahwin) tetapi setiap orang yang menjalinkan hubungan pasti mahukan pengakhiran yang bahagia dan berkahwin.





"Niat itu ada tetapi belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak lagi buat masa sekarang," kata pelakon dan pengacara Mira Filzah yang tampil mengulas mengenai desas-desus bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya pada tahun 2020.

Jelas Mira, 26, dia akan berkongsi khabar gembira itu seandainya sudah mendapat keizinan dan keputusan muktamad daripada keluarga kedua-dua belah pihak nanti. Dalam pada itu, Mira hanya meminta peminat dan masyarakat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Klik untuk gambar besar


"Niat itu ada, tapi bila itu belum tahu lagi. Lihat pada rezeki juga, kalau ada saya akan umumkan nanti," ujar Mira yang juga mengakui sedang dalam proses mengenali pasangannya itu.

Setiap insan di dunia sudah pasti ingin hidup berpasangan, begitu juga dengan Mira. Apa pun jika benar, kami doakan semoga dipermudahkan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Astro Awani, Instagram Mira Filzah, @ricorinaldi & @thericorinaldi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: