25 December 2019

WANG KEMENANGAN GV6 - NAQIU MAHU DERMAKAN KEPADA ANAK YATIM


Akhirnya penyanyi Naqiu Boboy dan Hady Mirza dinobatkan sebagai juara bersama Gegar Vaganza 6 selepas sebelas minggu bersaing di pentas dan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik.





Naqiu ketika ditemui selepas diumumkan juara bersama di konsert akhir GV2019 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad lalu itu mahu berkongsi separuh daripada hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 yang dimenanginya bersama rumah anak-anak yatim.

Menurut Naqiu, niat untuk bersedekah sudah mula terdetik semasa namanya diumumkan memasuki konsert suku akhir GV2019: "Masa tu saya cakap pada isteri saya, jika menang nanti saya mahu dermakan wang pada rumah anak-anak yatim.

Klik untuk gambar besar


"Pada saya, GV2019 adalah medium untuk saya membina karier jadi duit kemenangan tu saya tak fikir sangat sebenarnya, ia lebih kepada platform," jelas Naqiu yang masih belum mengenal pasti rumah anak-anak yatim mana yang akan dituju dan pastinya tidak tertumpu pada sebuah rumah sahaja.

Selain hadiah wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, Naqiu turut membawa pulang pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah sumbangan selamatbercuti.com, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan sumbangan IMHOMESTYLIST.

Selain itu, Naqiu juga menerima hadiah penginapan dua hari satu malam di bilik Executive Suite, Hotel Tenara Bandar Baru Bangi dan trofi GV2019. Memang mulia betul hati Naqiu kerana sanggup berkongsi duit kemenangan dengan golongan yang memerlukan. Semoga dimurahkan rezeki dan kariernya selepas ini akan terus berkembang dengan baik. Salute!










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: