28 December 2019

"TUKAR HIDUNG KE BARU TAK HINA... ALLAH BAGI SAYA HIDUNG NI..." - SITI SARAH


"Tadi tengah scroll IG, ternampak @sitinordiana bercakap pasal body shaming, di IG @mediahiburan.. n ada yg bercakp pasal berat badan dan gigi die.. Sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masaalah yg sama yatitu org pandang jijik mengenai bentuk hidung saya..





"I dont know how to tell thm off!! Jauh di sudut hati SAYA DAH TAK BOLEH HADAM bende ni sebab saya pun HADAP bende ni selama lebih dari 30 tahun. Over and over again saya dok denga bende yg sama pasal HIDUNG HIDUNG DAN HIDUNG... nak say tuka hidung ke baru tak hina saya??

"Bagi tau dengan saya macam mana nak buat sebab ... Allah bagi bagi saya hidung ni .. what should I do? Cry? Awak puas hati ke bila awak kutuk org? Kalau awak berada ditempat saya, mungkin sekarang awak dah ada dalm wad gila!! FYI segala kutukkan awak pasal HIDUNG saya, satu keluarga saya baca suami dan anak2! Do u KNOW THAT ???

Klik untuk gambar besar


"Org sekarang ni dah terlalu teruk bab2 mengutuk fizikal org.. Terlalu ramai org yg macam saya diluar sana menderita sebab kene kutuk dengan org yg macam ni... korang je yg tak tau. Ada manusia sekrg yang hitam hati dia, kutuk yang bukan-bukan pasal orgg," demikian kata penyanyi Siti Sarah Raissuddin menerusi laman Instagram miliknya.

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu itu meluahkan rasa kecewanya apabila masih ada segelintir pihak yang masih menghina dan mengecam bentuk fizikal seseorang. Dalam entri tersebut, Siti Sarah memberitahu dia juga pernah terpalit dengan isu tersebut, malah sudah menanggung penderitaan itu lebih 30 tahun.

Jelas Siti Sarah lagi segala kutukan tentang hidungnya itu juga dibaca oleh ahli keluarganya. Sementara itu, menerusi ruang komen rata-rata pengikut Siti Sarah dilihat memberi kata-kata semangat kepadanya. Kebanyakan mereka meminta supaya Siti Sarah bersabar dan mengendahkan kutukan berkenaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Sarah Raissuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: