05 January 2020

8 FOTO - SEKITAR PERCUTIAN NABILA HUDA DI THAILAND & PULAU LANGKAWI


Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda telah pergi bercuti di Koh Lipe, Thailand dan Pulau Langkawi. Foto sekitar percutian tersebut telah dikongsikan Nabila menerusi laman Instagram dan ia telah mencuri perhatian wargamaya.





Dalam entri tersebut, Nabila memuatnaik beberapa keping foto pemandangan indah sejak berada di pulau kecil itu tiga hari lalu: "Always my favorite place," tulis Nabila ringkas di ruangan kapsyen.

Percutian Nabila di Koh Lipe dan Pulau Langkawi itu turut disertai oleh suami dan anaknya. Bukan sahaja memuat naik foto pantai putih bersih dan kejernihan air laut, pelakon berusia 36 tahun itu turut berkongsi villa penginapan mereka yang sangat cantik.

Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya terpegun dengan lokasi percutian Nabila dan berharap mereka berkesempatan mengunjungi pulau itu. Oktober lalu, Nabila turut mencuri tumpuan apabila mengembara ke New Zealand dan mengelilingi negara itu menggunakan karavan.

Klik untuk gambar besar















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: