24 January 2020

BEKAS ISTERI FIKREE: "AKU DICERAIKAN KE ENGKAU... AKU KENA NAYA NI"


Menerusi laman Instagram, bekas isteri Chef Fikree, Syafirah Zuriehan Ben Yahya telah mendedahkan dia masih dianiayai oleh bekas suaminya itu selepas diceraikan pertengahan tahun lalu. Penganiayaan yang dimaksudkan Zuriehan adalah tidak menyempurnakan nafkah anak mereka, Jayden Malik, 3.





"Kadang tu terfikir juga... aku yang diceraikan ke engkau? Dahlah ditinggalkan sehelai sepinggang dengan anak kecil, lepas tu bulan puasa dengan hari raya terkontang kanting, kereta tak ada, rumah kena keluar. Sampai sekarang pun aku yang jaga anak seorang diri, makan minum semua sakit demam bagai," tulisnya.

Lebih mengejutkan apabila skandal bekas suaminya itu menghubunginya baru-baru ini: "Yang tak faham kenapa skandal engkau bini orang mesej aku cakap aku ni bertuah dapat engkau? Aku ingat dah over tapi engkau pula pergi telefon merata buat teruk macam aku ni villain?

Klik untuk gambar besar


"Iyalah mestilah aku minta duit makan Jayden kat engkau, takkan aku nak mintak kat jiran sebelah? Seriously aku ni manusia biasa, walaupun aku tiap-tiap hari mantera diri aku kena kuat, tak semestinya aku kebal tak punya hati dan perasaan.

"Kalau aku yang kena naya ni boleh berlakon okay and steady, kenapa kau nak berlakon macam bini kau yang curang?" tambah Zuriehan yang sebelum ini mendakwa telah diceraikan Fikree pada 30 Mei lalu selepas membongkarkan kisah kecurangan bekas suaminya di laman sosial beberapa hari sebelum itu.

Pasangan itu mula berkenalan pada 2006, seterusnya bertunang pada 2014. Setahun selepas itu, mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak lelaki, Jayden Malik, yang kini berusia dua tahun. Fikree mula dikenali selepas menjayakan program masakan, 'Hello Bro Tolong Masak', selain menjadi pengacara rancangan, 'Dapur Panas'.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Syafirah Zuriehan Ben Yahya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: