16 January 2020

BELLA ASTILLAH TERTANYA ADAKAH DIA AKAN RASA KEBAHAGIAAN


Ketika ini sedang kecoh apabila rakaman video penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bertengkar mulut dengan beberapa individu serta mengeluarkan kata-kata kesat, beberapa hari lalu. Namun baru-baru ini, bekas isteri Aliff iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah ada memuatnaik status menerusi laman Twitternya.





Menerusi status tersebut, Bella seolah sedang memikirkan masa depannya serta meluahkan perasaannya dan tertanya-tanya adakah dirinya akan mengecap kebahagiaan dalam hidup. Perkongsian Bella itu mendapat perhatian netizen yang memberikan kata-kata yang positif dan berkata sudah tentu kebahagiaan akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Kata netizen lagi, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen menasihatkan Bella supaya 'move on' dan tidak lagi meneruskan apa-apa perhubungan dengan bekas suaminya itu. Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila Bella dan Aliff Aziz dikatakan kembali bersama apabila kedua mereka memuatnaik foto bersama di Insta Story.

Bella berkongsikan foto mesranya sedang merangkul tangan seorang lelaki dipercayai bekas suaminya yang berada di tempat pemandu. Lebih menguatkan spekulasi itu, Aliff turut memuatnaik foto memperlihatkan Bella di belakangnya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: