16 January 2020

"TAK NAMPAK USAHA SHARNAAZ BERDAMAI..." - NABILA TAK NAK TERUSKAN


"Proses perceraian ini sudah berlangsung hampir setahun, saya tak nampak usaha Sharnaaz untuk berdamai. Saya sendiri tak nak teruskan. Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan sekiranya Sharnaaz melafazkan cerai tapi disebabkan proses ini masih berlangsung, perceraian tidak dapat diteruskan.





"Seharusnya, kedua-dua belah pihak boleh faham yang kita boleh 'move on' meneruskan hidup masing-masing dan memberikan fokus kepada anak. Sharnaaz mempunyai kehidupan sendiri, saya juga sama. Saya sudah tawar hati, ada baiknya jika perkara ini tidak dipanjangkan dan kita berikan tumpuan untuk membesarkan anak tanpa sebarang rasa yang tersimpan," kata isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor.

Kakak Noor Neelofa itu memberitahu dia enggan meneruskan perkahwinan dengan Sharnaaz. Kata Nabila, sepatutnya proses perceraian boleh diselesaikan dengan cepat dan mereka boleh memberikan fokus untuk membesarkan anak, Jebat Jayden.

Nabila ditemui usai proses prosiding perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sebentar tadi. Nabila diwakili peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Sharnaaz diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Namun begitu, Sharnaaz yang ditemui di luar kompleks mahkamah enggan memberikan sebarang ulasan lanjut: "Tak ada apa-apa nak cakap," katanya ringkas.

Klik untuk gambar besar


Pada 6 November 2019, mahkamah memerintah melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perceraian pasangan tersebut selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik.

Menerusi proses terbabit, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Pihak Sharnaaz melantik salah seorang rakan baiknya, manakala Nabila memilih bapa tirinya menjadi hakam. Namun begitu, keputusan laporan hakam yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sebentar tadi gagal menemui kesepakatan untuk mencapai persetujuan.

Mengikut Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, sekiranya kedua-dua hakam tidak bersepakat, maka hakam tersebut digugurkan oleh mahkamah. Hakim juga telah menetapkan 27 Februari 2020 untuk melantik hakam yang baru yang mempunyai kuasa untuk melafazkan cerai bagi pihak suami.

Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor. Hasil perkahwinan itu, pasanngan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: