Pencapaian penyanyi Haqiem Rusli di dalam industri muzik tanah air sememangnya luar biasa meskipun baru berusia 22 tahun. Bukan sahaja berbakat dalam nyanyian malah turut menghasilkan lagu-lagu hits untuk penyanyi lain.

Memperoleh pendapatan lumayan sebagai penyanyi dan komposer, Haqiem akui kehidupannya kini berubah dan tidak pernah menjangkakan perkara itu akan berlaku pada dirinya. Haqiem berkata lagi, di usia muda ini dia sudah mula menyimpan.
"Tipulah kalau tak seronok tengok banyak angka dalam akaun bank, saya sendiri tak pernah jangka benda ni akan berlaku kepada kehidupan. Mana tidaknya, dulu saya hanya seorang budak kampung," tutur Haqiem yang turut berkata pada tahun 2020 dia mahu menjadi insan lebih baik dan mahu membuang isu-isu sebelum ini yang pernah terpalit dirinya.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Haqiem Rusli
________________________

No comments:
Post a Comment