16 January 2020

"INGAT AKU KILANG BISKUT..." - OZLYNN DEDAH JOHAN MAHU ANAK LAGI


"NYAWA... selalu jumpa makcik2 mesti dorg akan ckp.. bagus muda2 dh anak berderet.. tp kalau tanya laki aku jawapan dia "Sayang, kalau u pregnant lagi mesti best kan.. skali dpt girl.. dah cukup dpt 3 laki 3 pompuan.." dlm hati aku.. "ehh ehhh org tua nih.. dia ingat aku nih kilang biskut?? Tekap dpt tekap dpt.."





"Kalau nak ikutkan 7org dh anak ktorg.. 2 dh standby tunggu ktorg.. xde rezeki nak peluk kt sini.. korg suka x anak ramai.. aku suka.. tp tanggung jawap kena seiring la.. jgn reti beranak jek pastu anak terbiar.. pantang betul aku..utk aku nak beranak ramai ke sikit ke bergantung pada individu..

"Ada org ckp anak nih pun rezeki jugak.. iyeee anak rezeki.. so kena jaga.. tanggungjwp kita bukan setakat besarkan, bg makan pakai.. tanggungjwp kita besar.. sb anak2 nih wujud sb kita yg nak.. so Allah bg.. jgn diabaikan.. nak mendidik kita perlu membimbing.. bukan mengarah.. byk aku belajar..

"Setiap anak byk benda baru aku dpt.. dgn anak la aku belajar segalanya.. semakin hari semakin positif dan kami belajar utk jadi yg lebih baik.. penat?? Yes!! Tapi berbaloi.. aku happy, bersyukur! So saja la nak tanya.. kalau korg la kan.. patut ke aku dgr ckp laki aku suh ngandung lagik..

Klik untuk gambar besar


"Aku kalau boleh xmo umur 50.. anak aku masih skolah lagik..aku suka pikir byk benda.. mcm sempat ke tgk anak kawin.. tah pape tah kan aku.. ke korg pun sama?? Share la..," demikian tulis pelakon Ozlynn yang mendedahkan suaminya, Johan Raja Lawak telah menyatakan hasratnya mahu menimang seorang lagi cahaya mata.

Ozlyn yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya itu bagaimana pun masih mempertimbangkan permintaan suaminya yang mahu menambah seorang lagi anak perempuan. Menerusi perkongsian itu, dia memuatnaik fotonya bersama keluarga dan kelima-lima anaknya. Menurut Ozlyn, dia perlu memikirkan perancangan untuk membesarkan anak-anaknya bila dia dan suami sudah tua.

Rata-rata suka melihat kebahagian keluarga tersebut dan mencadangkan Ozlynn menambah cahaya mata lagi melengkapkan tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Perkahwinan Ozlynn dan Johan dikurniakan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ozlynn


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: