16 January 2020

TUNANG INTAN NAJUWA: "SIAPA BAWA CERITA.. TIADA MASALAH...."


Baru-baru ini telah timbul dakwaan mengenai hubungan pertunangan pelakon Intan Najuwa dengan Razrul Anwar Rusli sudah berakhir.





Bagaimanapun, tunang Intan tampil menafikan dan berkata berita yang disebarkan oleh seorang individu itu tidak benar, malah hubungan mereka masih lagi baik.

"Siapalah bawa cerita. Tiada masalah antara saya dan tunang dan tiada sebab untuk saya beritahu perkara yang tidak benar mengenai dakwaan itu," katanya.

Terdahulu, pelakon drama 'Setelah Ku Dimiliki' itu didakwa telah menyekat akaun Instagram dan memadam foto bersama ahli perniagaan itu.

Klik untuk gambar besar


Malah, perbezaan usia 16 tahun dan kerjaya yang berbeza mungkin menjadi salah satu punca hubungan mereka bermasalah.

Hasil semakan, Intan masih menyimpan sekeping foto mereka di sebuah restoran namun tidak lagi mengikuti akaun IG tunangnya.

Pada 12 November tahun lalu, Intan pernah memadam beberapa keping foto bersama tunangnya dan mereka tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing.



Sebelum ini, foto mesra Intan dengan hero drama lakonannya iaitu Idris Khan dan Zul Ariffin pernah mengundang kecaman netizen.

Pada 18 Oktober tahun lalu, Razrul memberitahu dia dalam proses membimbing pelakon itu demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri.

Untuk info, Intan yang mula dikenali menerusi drama 'Kekasih Paksa Rela' itu mengikat tali pertunangan dengan Razrul pada 18 Ogos tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: