16 January 2020

"STUCK ON A PROBLEM.. JANGAN JADI VICTIM... BUANG ORANG" - SAKINAH


Pelakon Sharifah Sakinah menerusi laman Instagram telah mendedahkan dia dan rakan artis pernah melakukan jualan amal untuk membantu mengutip derma buat pelakon cilik Puteri Balqis. Difahamkan ketika itu mereka menjual barang pengarah Michael Ang hingga terbaring di kaki lima.





Menerusi entri tersebut, Sakinah memuatnaik foto imbaun ketika itu. Dalam masa yang sama Sakinah turut memberi nasihat dan pesanan buat Puteri Balqis tentang kehidupan dan bagaimana menghadapi masalah.

Seronok masa ni jual barang @michaelang38 untuk kutipan derma @rockingbalqis. Sampai terbaring di kaki lima. Happinesses requires struggle. It grows from problem #samasamasusah ujian tu dtg dengan pelbagai cara. If you're stuck on a problem, jangan jadi victim, jangan buang orang and be nice to people... DO SOMETHING, the answers will follow," tulis Sakinah.

Kisah Balqis mula mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan mengenai kehidupannya yang susah dan hanya berdua bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz selepas kedua orang tuanya berpisah sejak empat tahun lalu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: