16 January 2020

BILA SUAMI MAHU NORANIZA IDRIS NYANYI LAGU SEPERTI DAYANG


Ratu irama Malaysia Noraniza Idris mengakui suaminya, iaitu Jeffri Hudi teringin untuk mendengar isterinya menyanyikan lagu-lagu pop balada seperti penyanyi Dayang Nurfaizah. Dedah Noraniza atau lebih dikenali sebagai Kak Ani, dia bagaimanapun risau seandainya suaranya yang sudah terbiasa menyanyi lagu berlenggok masih mampu menyanyikan lagu seumpamanya.





"Lagu pop dan balada sebenarnya pemintaan suami, jika boleh dia mahu saya menyanyikan lagu-lagu sedemikian. Tetapi saya sudah terbiasa dengan lagu lenggok, nak menyanyi lagu yang sebegitu tak tahu mampu lagi atau tidak. Dia pula nak lagu macam Dayang Nurfaizah... Nanti tak pasal-pasal jadi lagu irama asli pula," katanya.

Kak Ani yang ditemui selepas Konsert VM2020 di Istana Budaya baru-baru ini memberitahu antara lagu pop kegemaran suaminya ialah Mengemis Rindu yang pernah dihasilkan sekitar tahun 1987. Dalam pada itu, Kak Ani yang sibuk dengan persiapan konsert pada September nanti akui teringin untuk menghasilkan lagu baru sempena acara terbabit.

"Suami saya tengah usahakan tetapi tak tahu nak salur kemana nanti sekiranya ada lagu irama tradisional. Radio seorang pun nak dengar lagu-lagu muda dan komersial sahaja. Tetapi semestinya untuk konsert itu nanti perlu ada sesuatu yang baru dari saya," tambahnya yang akan mengadakan konsert di Istana Budaya pada pertengahan September 2020 sempena Hari Malaysia.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: