16 January 2020

TUNJUK KEMALUAN - 'CERMIN DIRI SENDIRI' SINDIR ALIFF AZIZ PADA NETIZEN


Aliff Aziz menasihati netizen untuk 'cermin’ diri sendiri' terlebih dahulu sebelum menilai sikap dan tingkah laku orang lain. Tambahnya, dia mempercayai segala aturan rezeki di tangan Tuhan dan jangan bertindak menghina orang lain.





Dia berkata demikian berikutan sebuah video yang viral memaparkan sikap panas barannya di salah sebuah restoran di Singapura baru-baru ini. Selain memaki hamun, pertelingkahan mulut dan kata-kata kesat yang melibatkan pelakon itu dengan beberapa individu lain turut menjadi bualan.

Lebih memalukan, Aliff Aziz juga dilihat membuka zip seluarnya dan menunjukkan sedikit kemaluan dikhalayak ramai.

Klik untuk gambar besar


Terkini, akhirnya Aliff Aziz telah memuatnaik status di IG Story miliknya sebelum menurunkan kesemuanya dan turut memadamkan kesemua posting yang pernah dimuatnaiknya sebelum ini di laman Instagram.

Tulisnya ketika itu, dia tidak menghiraukan sekiranya ada segelintir pihak terus mempersenda atau ketawakan tindakannya itu. Dia menyifatkan segelintir netizen tidak merasai dan tidak pernah berada dalam situasi yang sedang dia alami.

Tambahnya, dia sendiri yang mengetahui dan merasai kesukaran hidupnya dan tidak memerlukan sesiapa untuk sebarang penjelasan atau pencerahan. Malah, penyanyi ini percaya masih berada disisi Tuhan walau apa jua pun kecaman dan kutukan yang diterimanya, dia masih lagi hamba Allah. Agak kelakar terdapat segelintir pihak yang mengakui alim dan beriman.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: