16 January 2020

BERLAKON DRAMA - PUTERI BALQIS TARIK DIRI SAAT AKHIR... A. AIDA TERKEJUT


Ada netizen yang mendakwa, pengambilan Puteri Balqis untuk berlakon drama berjudul 'Tiada Galang Ganti' terbitan Datuk A. Aida hanya sekadar mengambil kesempatan untuk melariskan drama tersebut ketika adik Balqis dilanda derita.





Malah ada berkata, mengapa orang sakit disuruh berlakon? Bukankah elok diberi bantuan secara terus sahaja untuk mengelakkan pelbagai masalah dan kontroversi?

Itu kata netizen, namun menurut Datuk A.Aida, pula, kesempitan hidup yang ditanggung Puteri Balqis membuat hatinya terbuka untuk menawarkan pelakon itu membintangi telefilem di bawah terbitan produksinya.

Namun entah bagaimana, Puteri Balqis menarik diri pada saat akhir daripada terbabit dalam telefilem tersebut. Ia dimaklumkan sendiri oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz kepada Pengurus Produksi syarikat itu pagi semalam, demikian lapor Harian Metro.

Klik untuk gambar besar


"Ikut jadual esok mereka akan menjalani penggambaran telefilem ini. Tak sangka pula dia tarik diri saat akhir

"Saya pun tidak tahu masalah sebenar mereka. Namun, inilah cabaran yang diterima syarikat produksi apabila ada pelakon tarik diri di saat-saat akhir dan kita terpaksa mencari pengganti pula," demikian respon A.Aida yang terkejut dengan keputusan itu kerana pihaknya akan memulakan penggambaran esok.

Dakwanya, pihaknya sudah menghubungi semula Balqis untuk mengetahui sebab menarik diri namun tidak dibalas.

"Saya okay dan tak jadi isu besar pun. Apa yang pasti, saya sudah cuba bantu mana yang terbaik. Apabila dia sendiri tarik diri pada saat akhir, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Saya tidak mahu masuk campur," tambahya dipetik sebagai berkata.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: