23 January 2020

DIANGGAP BELUM LAYAK KE IB - KHAI BAHAR TERIMA KRITIKAN


Nampaknya impian penyanyi Khai Bahar membuat persembahan di Istana Budaya (IB) menjadi kenyataan apabila 'Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia' akan berlangsung pada bulan Mac depan. Khai memberitahu dia tidak berasa bimbang dengan kritikan netizen yang beranggapan dirinya belum cukup layak.





Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 26, dia tidak akan melepaskan peluang yang dianggap impian setiap penghibur untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu: "Saya tak takut dengan kritikan atau pandangan orang terhadap saya sebab apa yang saya nak hanyalah keluar dari kebiasaan.

"Memang saya masih baru dalam industri tapi dah orang beri peluang. Apabila saya ditawarkan untuk membuat konsert di Istana Budaya, sudah tentu saya akan terima. Lagi-lagi peluang itu bukan selalu kita dapat.

"Sesuatu yang sangat besar dalam hidup dan kerjaya saya. Bukan saya sahaja, rasanya semua penghibur mengimpikan dan berangan untuk buat konsert di pentas itu," kata Khai ketika ditemui di sidang media 'Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia' di Bilik Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar


Konsert yang buat julung kalinya di bawah penganjuran produksi pelakon Fauziah Ahmad Daud atau lebih popular dikenali sebagai Ogy iaitu Ogy Ventures akan berlangsung selama dua hari iaitu 27 dan 28 Mac depan.

Dalam pada itu, penyanyi lagi 'Luluh' ini meluahkan rasa syukur dan bertuah diberi peluang menimba ilmu dengan seorang bintang yang mempunyai pengalaman sangat luas dalam dunia seni: "Kak Ogy seorang yang sangat dikenali dan saya sangat bersyukur dapat bekerjasama dan dalam pada masa yang sama dapat berpeluang menimba ilmu mengenai seni persembahan dengan dia.

"Walaupun saya tahu dia tegas, tapi saya sudah bersedia sebab dia buat semua itu untuk kebaikan. Semua ilmu dia ada untuk berkongsi dengan saya. Kalau tak tegas, kita tak tahu apa kemampuan kita," ujarnya.

Khai berkata yang dia bersedia untuk menerima tunjuk ajar dari Ogy. Konsert tersebut dianjurkan oleh Ogy Ventures & Network Sdn Bhd milik Ogy dimana dia sendiri akan 'turun padang' ketika sesi latihan.



Menurut Khai, meskipun mengetahui Ogy merupakan seorang yang tegas, dia tidak takut dan bersedia sepenuhnya untuk belajar: "Meskipun mengetahui Kak Ogy seorang yang tegas, tetapi saya tak takut untuk belajar dengannya kerana saya mahu keluar dari kebiasaan saya.

"Saya akan terima apa yang ditugaskan secara positif, saya percaya apa yang Kak Ogy lakukan adalah untuk kebaikan saya juga. Jika Kak Ogy tak bersikap tegas, agak sukar untuk saya menemui di mana kesilapan saya," jelasnya.

Dalam pada itu, Khai menganggap konsert tersebut bagai mimpi jadi kenyataan: "Setiap penyanyi mempunyai impian untuk adakan konsert di Istana Budaya, saya tak dapat gambarkan kegembiraan apabila perkara ini jadi kenyataan. Sesiapa sahaja berhak untuk mendapat peluang sebegini, saya anggap ia satu rezeki untuk diri saya," tambahnya.

Konsert berdurasi hampir 2 jam itu akan berlangsung di Istana Budaya pada 27 dan 28 Mac 2019 bermula jam 8.30 malam. Pembelian tiket boleh dibuat mulai hari ini menerusi www.airasiaredtix.com bermula pada harga RM86, RM116, RM236, RM276, RM296, RM366, RM446 dan RM556 (Gold). Mereka yang membeli tiket pada harga RM556 akan berpeluang untuk berjumpa dengan Khai selepas konsert.




www.myartis.com / Sumber: mStar, Berita Harian & Instagram Khai Bahar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: