01 January 2020

DIDAKWA TUMPANG FT: "MENUDUH... TIDAK PANDANG USAHA SAYA....." - SISSY


Kurang senang apabila didakwa menumpang populariti Faizal Tahir atau FT untuk dikenali, penyanyi, Sissy Imann, 24, berkata, mereka yang membuat andaian sedemikian tidak nampak susah payah dirinya berusaha menceburi pelbagai cabang seni, semata-mata untuk melihat kehadirannya dalam industri itu disedari.





"Mereka yang beranggapan begitu hanya pandai berkata-kata. Mereka cuma tahu menuduh saya mencipta nama disebabkan penyanyi dan komposer terbabit. Tetapi, mereka tidak pandang usaha saya lakukan, sedikit demi sedikit, untuk berada pada tahap hari ini.

"Ramai yang tidak tahu, sebelum menjadi artis rakaman, saya adalah penyanyi latar. Mungkin juga ramai yang tidak perasan, saya pernah bermain piano untuk Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32. Malah, saya mengiringi persembahan Fynn Jamal pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 29 untuk lagu Arjuna Beta, lima tahun lalu.

"Tahun lalu pula, saya membuat keputusan menyertai Big Stage. Selepas itu, saya mencuba bidang lakonan dan pengacaraan, semata-sama untuk melihat wajah saya lebih dikenali. Akhirnya, saya dikatakan menumpang populariti Faizal hanya disebabkan kami bekerjasama menerusi dua single terbitan Faithful Music miliknya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sissy yang memperkenalkan lagu terbaru berjudul Sudahlah (Meow), baru-baru ini, berkata walaupun terpaksa melalui jalan berliku untuk sampai ke tahap sekarang, dia tetap berpuas hati kerana semua kepayahan itu menjadi pengajaran berguna dan membuatkannya lebih kental berdepan ujian.

Gadis kelahiran ibu kota itu juga percaya, vokal dan lagu yang baik belum tentu menjamin seseorang artis mampu mengecap populariti dalam sekelip mata: "Ada juga ramai penyanyi yang memiliki vokal dan lagu bagus, tetapi kerana nasib tidak menyebelahi diri, kerjaya mereka tidak ke mana.

"Dahulu, saya sendiri pernah diselubungi ego dan berfikiran, kenapa pula perlu menjadi hos atau berlakon sedangkan saya seorang penyanyi? Kini baru saya sedar, kedua-dua bidang itu juga amat penting untuk memastikan wajah lebih dikenali," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Sissy Imann


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: