01 January 2020

HASRAT TIMANG ZURIAT 2020 TERCAPAI - IZARA SAHKAN HAMIL 6 BULAN


"Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.





"Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.

"Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi," demikian kata pelakon Izara Aishah, 27, yang bakal menyaksikan impian memiliki cahaya mata pada 2020 terlaksana apabila dia kini sedang hamil enam bulan

Katanya, cuma sekarang dia bersedia untuk berkongsi berita gembira itu kerana pada fasa awal kehamilan, segala-gala boleh berlaku. Ditanya mengenai pengalaman mengandungkan anak sulung, Pelakon Wanita Filem Terbaik, Anugerah Telenovela 2018 itu berkata, semuanya dalam keadaan baik.

Klik untuk gambar besar


"Saya langsung tiada alahan. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya sendiri masih memenuhi pelbagai undangan, termasuk majlis perkahwinan teman baik, Farah Nabilah, baru-baru ini. Semoga proses kelahiran anak kami nanti juga akan dipermudahkan," kata isteri kepada Adib Khalid ini.

Menyentuh kerjaya lakonannya, selepas selesai penggambaran siri Ombak Rindu, Izara memilih untuk berehat seketika. Lebih-lebih lagi, Adib sendiri tidak mahu dirinya terikat dengan mana-mana projek lakonan buat sementara waktu.

"Walaupun kerinduan untuk berlakon sering menerjah, saya mahu memanfaatkan waktu yang ada ini untuk bersama suami. Ketika ini, bolehlah saya melayan suami sepenuhnya, termasuk memasak makanan yang dipinta olehnya.

"Apabila banyak masa dihabiskan di rumah, kasih sayangnya terhadap saya nampak bertambah," tuturnya yang berkahwin dengan anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, itu pada 17 November 2017.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, Instagram Izara Aishah & Adib Khalid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: