01 January 2020

13 HARI OVERDUE - YATT HAMZAH SELAMAT LAHIRKAN ANAK KE-4, PEREMPUAN


Selepas 13 hari melepasi tarikh jangkaan bersalin, akhirnya penantian pelakon Yatt Hamzah berakhir apabila dia selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 30 Disember lalu. Yatt yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram itu bersyukur kerana bayi perempuan itu dilahirkan secara normal seberat 3.3 kilogram (kg) di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.





"Alhamdulillah selepas 13 hari menunggu sejak EDD pada 18 Dec lalu, akhirnya Bonda berjaya pujuk baby keluar semalam.. Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah (yaaa, girl jugaaa), secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur .

"Terima kasih atas doa-doa yg baik dan sokongan dari semua keluarga, sahabat dan followers..Berkat doa dari semua, Alhamdulillah Bonda dan baby selamat dan sihat. Semoga baby membesar menjadi Mujahidah Solehah.. Aameen Ya Allah..," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Yatt berkongsi berita gembira tu di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama bayi di hospital. Yatt juga berterima kasih kepada suaminya yang banyak membantu serta menemaninya sepanjang proses tersebut:

"Paling bererti, terima kasih suami tercinta @zulfadhli_khiruddin yang sentiasa berada di sisi dari saat di emergency, di labour room ketika isterimu berjuang dan sanggup menundakan misi bantuan ke Syria bersama team #mapim hanya untuk menantikan moment kelahiran Mujahidah ke-4 ini. Alhamdulillah syukur," katanya.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juru video Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina, 1. Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Yatt Hamzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: