31 December 2019

HASHTAG 'BABY MOON IN BALI AGAIN' - MIA AHMAD HAMIL LAGI?


Menerusi kemas kini terbaharu di Instagram, pelakon Mia Ahmad bersama suami, Mohd Izham Tarmizi dan anak lelakinya, Sayf Issa kini sedang bercuti di Bali, Indonesia. Namun apa yang menarik perhatian, hashtag #babymooninbaliagain itu telah membuatkan netizen mula membuat andaian bahawa pelakon itu kini hamil lagi: "Bali, AGAIN and AGAIN. #IzhaMiaIssa #babymooninbaliagain," tulis Mia.





Bagaimanapun, ketika ditanya oleh peminat sama ada dia kini sedang berbadan dua, Mia tetap mendiamkan diri: "Baby moon? Tahniah Issa dapat adik," tulis @fatinahzaine93 berseloroh. - "Nak dapat yang lain ke?" soal @wan.azizi1.

Sekitar Julai 2018, Mia dan Izham pernah berkongsi momen-momen romantis sepanjang bercuti di lokasi sama. Malah, ketika itu Mia sedang berbadan dua. Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan pelakon itu pernah mengalami keguguran pada Disember tahun sama. Pasangan itu menerima cahaya mata pertama, Sayf Issa pada 28 September 2018.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Instagram Mia Ahmad, Mohd Izham Tarmizi & Sayf Issa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: