01 January 2020

DIHUBUNGI SCAMMER, DIKATA LANGGAR ORANG SAMPAI MATI - DJ LIN KECEWA


Meluahkan rasa kecewanya apabila ada sindiket scam yang menghubunginya dan cuba untuk memperdayanya, penyampai radio, DJ Lin memberitahu individu yang menghubunginya pagi hari ini menggunakan nombor tidak dikenali dan membuat tuduhan mengatakan dia melakukan jenayah trafik.





"Pagi tadi, saya terima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Saya minta pembantu menjawab panggilan daripada individu yang juga seorang wanita. Katanya, saya ada melakukan jenayah trafik dengan melanggar lampu isyarat, selain beberapa kemalangan yang menyebabkan kematian di Kajang dan Seri Kembangan," katanya.

Lin atau nama penuhnya Roslinda Abdul Majid, 44, berkata itu adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal: "Sudahlah menipu, dia tuduh pula saya melakukan jenayah trafik. Saya pantang kalau ada orang yang menipu untuk mencari duit dengan cara mudah," katanya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, ibu kepada pembantu peribadinya juga pernah berdepan situasi sama, bahkan lebih malang kerana kehilangan sejumlah wang: "Ibu kepada pembantu peribadi saya pun pernah terkena benda sama dan tanpa disedari, wang dalam akaunnya sebanyak RM1,800 lesap".

Lin menyeru pihak kerajaan supaya melakukan inisiatif untuk menangani isu ini: "Pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan penipuan atas talian oleh sindiket scam ini. Kebanyakan mangsa bukan sahaja ada yang kehilangan ratusan ringgit, bahkan ada yang mencecah ratusan ribu ringgit. Tak adil untuk orang yang bekerja keras mencari rezeki, menjadi mangsa orang yang ingin mencari wang dengan cara mudah begini".




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram DJ Lin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: