11 January 2020

#HAPPYBIRTHDAYSITINURHALIZA TRENDING: "JADIKAN AKU SENTIASA BERSYUKUR..."


Menyambut hari kelahiran yng ke-41 hari ini iaitu 11 Januari, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa syukur atas segala kurniaan yang Allah berikan kepadanya.





Dalam status tersebut, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin turut memohon do agar diri dan hatinya sentiasa dekat pada Allah serta tabah dalam setiap dugaan yang datang.

"Alhamdullillah, Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaan umurku, kesihatanku, rezekiku, suamiku, ibuku, adik beradikku, anakku, kasih sayang orang terhadapku,.. Jadikan Aku orang yang sentiasa bersyukur & bersujud kepadaMu..

Klik untuk gambar besar


"Kurniakan ku keimanan yang tinggi dalam mengharungi dugaan di dunia ini.... Peganglah & pimpinla hatiku Ya Allah.. Aamin ya rab.. Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban "dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan". #HappyBirthdaySitiNurhaliza #ct41," tulis Siti.

Perkongsian Siti ini telah menerima komen dimana rata-rata peminat turut mengucapkan selamat hari lahir buat penyanyi nombor satu Malaysia itu. Dalam pada itu, peminat turut mewujudkan hashtag #happybirthdaysitinurhaliza' di laman Twitter sehingga menjadi trending di Malaysia.

Malah, mereka turut berkongsi beberapa foto dan video kenangan bersama penyanyi lagu 'Anta Permana' itu. Manakala stesen radio seperti Hot FM memutarkan lagu-lagu popular Siti Nurhaliza sejak awal pagi, Sabtu.














www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Siti Nurhaliza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: