12 January 2020

IMPIAN HASIL ALBUM MUSNAH - SHIMA DITIPU PASANGAN SINGAPURA


"Sebagai penyanyi, siapa tidak gembira apabila ada individu sudi mengeluarkan bajet untuk album mini yang memuatkan lima lagu? Saya pula sudah lama menyimpan keinginan mahu merakamkan lagu terbaru. Kali akhir saya merakamkan album adalah kira-kira 15 tahun lalu, menerusi 'Ke Pangkuanmu'.





"Malangnya, ia hanya satu pembohongan," kata penyanyi rock popular era 1990-an, Shima, 51, yang mendakwa impiannya untuk menghasilkan album mini musnah apabila ditipu pasangan suami isteri dari Singapura, tahun lalu.

Shima mendakwa, pasangan terbabit menghubungi dirinya kerana mahu membantu merealisasikan hasrat untuk muncul dengan lagu terbaru. Shima turut memaklumkan tidak pernah bertemu pasangan terbabit, sebaliknya hanya berbual menerusi telefon.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman berkata, pasangan itu juga bertindak menghubungi Fauzi Marzuki, kononnya mahu menggunakan khidmat komposer terkenal berkenaan selaku penerbit album.

Klik untuk gambar besar


"Namun, semua janji mereka hanya palsu apabila Fauzi juga ditipu. Awalnya, saya masih mempercayai janji manis yang ditaburkan, tetapi saya dihubungi oleh beberapa anggota kumpulan rock popular yang juga pernah ditipu," ujarnya.

Kata Shima, mereka melihat gambarnya terpampang di laman web syarikat pasangan suami isteri itu. Kononnya, sesiapa yang mahu menawarkan persembahan untuknya di Singapura boleh berbuat demikian menerusi mereka: "Bila masa pula saya melantik mereka sebagai wakil di Singapura? Saya tidak tahu menahu soal ini".

Penyanyi lagu Teringin itu berkata, anggota kumpulan rock berkenaan memaklumkan kepadanya mengenai modus operandi pasangan suami isteri terbabit: "Rupa-rupanya, sudah ramai penyanyi yang menjadi mangsa penipuan mereka. Alamat pejabat mereka di Kuala Lumpur pun tidak pernah wujud.

"Saya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu ada penyanyi lain yang terpedaya. Saya sudah berangan mahu memiliki lagu baharu, tahun ini, tetapi nampaknya tiada rezeki. Jika diizinkan Tuhan, saya memang mahu muncul dengan lagu terkini, sebelum menutup mata," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: