07 January 2020

LISA SURIHANI BERDOA MAHU JADI LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA


"Alhamdulillah, rezeki daripada Allah SWT. Saya Cuma mahu lakukan yang terbaik untuk keluarga saya. Saya juga mahu menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Itulah doa saya setiap hari. Jika ditanya apa azam baru saya menjelang 2020, jujur saya tidak ada azam.





"Saya mahu melakukan yang terbaik sebagai isteri, anak, ibu dan rakan," demikian kata pelakon dan pengacara Lisa Surihani yang bersyukur kerana dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus daripada Allah SWT.

Dalam pada itu Lisa juga percaya, jika sesuatu yang dirancang itu tidak terlaksana ia adalah ketentuan daripadaNYA: Kita merancang tetapi Allah yang tentukan. Apa yang boleh kita lakukan ialah berdoa dan memohon daripadaNYA. Apapun jika apa yang dirancang tidak menjadi, kita kena terima ketentuan daripada Illahi tapi yang penting jangan penat untuk berusaha".

Klik untuk gambar besar


Terkini, Lisa merupakan salah seorang juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 dan berharap agar semua peserta dapat melakukan yang terbaik di pentas finale, Jumaat ini: "Lisa tahu tak mudah buat mereka, tetapi mereka (bintang MLM) sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.

"Siapapun yang menjadi juara, itu adalah rezeki yang tidak bergelar juara pun sebenarnya sudah menjadi juara apabila berjaya menjadi lima yang terbaik di antara yang terbaik," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Lisa Surihani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: