15 January 2020

MALUNYA - AZWAN ALI DEDAH PERNAH SYOK KAT ZIANA ZAIN, TAPI ZIANA TOLAK


Azwan Ali akhirnya mengaku yang dia hanya bertepuk sebelah tangan apabila syok dengan Ziana Zain satu ketika dahulu.





"Saya pernah feeling-feeling, tapi dia tak cinta saya, saya je anggap saya cinta Diva ZZ. Kemudian Ziana keluar kenyataan di media tempatan bahawa dia tiada ‘taste’ pada Azwan Ali. Kau rasa mana pergi jantan kau, maruah kau," ujarnya dipetik sebagai berkata dalam rancangan bersama Dj Nazz.

Tambah 'Diva' itu, dia awalnya telah meminta izin bapa Ziana untuk membawanya keluar berjalan sekaligus mahu meluahkan isi hatinya pada Ziana 30 tahun lalu.

"Masa bawak Ziana keluar, tahu tak perasaan dia macam mana? Saya rasa macam jadi Justin Bieber masa tu. Siapa saja yang mampu pandu kereta bersama Ziana masa tu.

Klik untuk gambar besar


"Saya cakap “Ziana, sebenarnya saya suka awak,” dan Ziana jawab, ”Jangan nak mengada, kita kawan je, tiada nak feeling-feeling, kita tak minat.”

"Memang hati memberontak nak Ziana Zain, tapi orang kata Korban Cinta, dia tiada perasaan pada saya, saya je yang perasan," tambahnya berterus terang.

"Tapi, dia dah kena dah karma dia. Kau tengok apa jadi dengan Ziana? Bangga sangat kahwin dengan mamat tu," katanya diakhir rancangan tersebut seolah menyindir.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: