25 January 2020

"ORANG TU MINTA MAAF GUNA AYAT LANGGAR TAPI KAU UP BALIK..." - CAPRICE


Baru-baru ini, isu MK daripada kumpulan K-Clique yang memakai barangan kemas itu memang cukup hangat diperkatakan oleh netizen. Walaupun sedia maklum adalah haram bagi golongan lelaki memakai emas dalam Islam, dia tetap 'langgar' dan tidak menganggap perkara itu sebagai penghalang untuknya terus memakai perhiasan tersebut. Perkara itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Amin.





Dalam status tersebut, PU Amin memberikan teguran agak sinis mengenai perkara itu yang disifatkan seolah-olah cuba menyindir. Tindakan PU Amin nyata membangkitkan rasa bengang penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32 yang menempelak tindakan pendakwah bebas itu. Menurut Caprice, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan semula memandangkan MK sudah pun meminta maaf.

"Seorang lagi PU tak berguna dari Malaysia. Orang tu sudah minta maaf guna ayat Langgar malam tadi tapi kau pergi up balik waktu solat Jumaat. Tahniahlah ustaz. Macam ni ke nak tarik anak muda yang tak sempurna macam kamu selepas dia sudah minta maaf?," tulisnya.

Caprice meluahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Caprice turut berkongsi paparan status yang dimuat PU Amin di Twitter.

Klik untuk gambar besar


Perkara itu turut dimuatnaik Caprice dalam satu entri berasingan di Instagram miliknya. Caprice antara artis yang cukup lantang dalam menyuarakan pandangan dan kritikan mengenai isu semasa yang berlaku dalam industri hiburan.

Sebelum ini, MK dikritik selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan agak keterlaluan apabila mendakwa dirinya memang sengaja 'langgar' hukum agama demi minatnya yang suka memakai barang kemas. Tidak dinafikan ramai yang marah dan mengecam MK selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan agak keterlaluan.

Bagaimanapun, MK menyedari apa yang dikatakan itu salah dan sudah tampil memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran katanya itu. Malah, video permohonan maaf itu di muatnaik di akaun Instagram Caprice.

Terdahulu, dia tidak mahu menjadi hipokrit disebabkan minatnya terhadap emas. Netizen tidak perlu menghukum dirinya kerana apa yang dilakukannya itu adalah dosa peribadi yang bakal ditanggung olehnya sendiri.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Beautifulnara & Caprice, MK K-Clique & Pu Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: