09 January 2020

SAKINAH DIKECAM TUNJUK PERUT & PUNGGUNG KETIKA PROMOSI PRODUK


Jika sebut sahaja nama Sharifah Sakinah, pasti semua kenal dengan perangai selamba dan 'masuk air' pelakon tersebut. Sudah beberapa kali dikecam, dia tetap tidak menghiraukan segala percakapan orang. Baru-baru ini, Sakinah sekali lagi dikecam selepas memuatnaik video promosi yang menunjukkan dirinya memakai 'push up pants'.





Menerusi video tersebut, Sakinah yang memakai baju kebaya menunjukkan bahagian perutnya yang lebih kempis kesan daripada produk tersebut dan turut menayang bahagian pinggulnya yang kelihatan lebih seksi serta 'montok' selepas memakainya.

Rata-rata netizen mempertikaikan aksi tersebut yang dianggap tidak sopan. Ada juga segelintir pengikut terutamanya kaum lelaki bertindak meninggalkan komen nakal. Tidak salah untuk mempromosikan produk tetapi janganlah sampai lakukan aksi 'terlampau' yang hanya akan mengundang fitnah. Kena jaga nilai eksklusif diri sebagai seorang 'public figure'.

Klik untuk gambar besar















www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: