11 January 2020

SLIP DISC SEMAKIN SEMBUH - HAFIZ SUIP MASIH IKUTI FISIOTERAPI


"Alhamdulillah otot-otot bahagian belakang saya sudah semakin baik dan boleh menampung berat badan saya. Sebelum ini nak berdiri dan duduk pun sakit. Malah, nak angkat anak pun tak boleh... Melainkan kena jaga postur badan dengan betul.





"Buat masa sekarang saya masih mengikuti sesi fisioterapi seperti dinasihatkan oleh doktor yang merawat dan mudah-mudahkan semakin baiklah," kata penyanyi Hafiz Suip yang mengakui masalah kesakitan tulang belakang (slip disc) yang dialaminya semakin pulih.

Hafiz bagaimanapun dinasihati untuk tidak melakukan aktiviti lasak atau mengangkat bebanan berat sehingga betul-betul sembuh. Hafiz turut dinasihati untuk mendapatkan rehat yang cukup bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Klik untuk gambr besar


Hafiz pernah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan sama pada 2015 dan sekali lagi berdepan situasi sama pada Mac 2018. Selain itu, Hafiz mengakui berdepan masalah suara akibat kurang rehat dan tekanan menjelang AJL34.

"Risau juga sudah hampir AJL34 tiba-tiba suara pula serak-serak. Mungkin tak cukup rehat kerana terlalu fikirkan tentang persiapan. Tak mustahil juga keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu," tambah Hafiz yang mempertaruhkan lagu 'Kisah Cinta Kita' untuk AJL34 dan bakal berentap dengan 11 finalis lain pada 9 Februari nanti.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hafiz Suip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: