31 January 2020

TERKANDAS DI FILIPINA - RUHAINIES KECEWA DENGAN KEDUTAAN, SELESAIKAN SENDIRI


Ketika terkandas di Filipina akibat letusan gunung berapi, pelakon Ruhainies mendedahkan dia ada menghubungi Kedutaan Malaysia namun pertolongan yang dimohon hanya dibalas dengan alasan yang tidak wajar.





"Saya ada hubungi Kedutaan Malaysia di Filipina untuk meminta bantuan memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya. Saya beritahu yang saya terkandas serta mohon nasihat daripada pihak mereka. Individu yang bercakap dengan saya tu wanita melayu. Dia tidak membantu saya langsung.

"Alasannya dia merupakan kakitangan baru di situ jadi tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Selepas itu saya ada cadangkan kepada wanita tersebut untuk menanyakan kepada individu yang lebih senior. Dia cakap, "nanti saya akan hubungi semula". Namun sampai dah selesai semuanya, tidak ada pun panggilan telefon daripada mereka. Saya lakukan semuanya dengan sendiri," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, adik kepada aktres Risteena akui berasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepadanya: "Yang tak seronok, keesokkannya berita menyatakan tidak ada rakyat Malaysia yang terkandas. Sistem mereka sangat teruk. Saya kecewa dengan kedutaan di sana," katanya lagi.

Terdahulu, Ruhainies dan ibu bapanya tidak dapat pulang ke Kuala Lumpur akibat letusan gunung berapi Taal. Ruhainies terbang ke Manila pada 10 Januari lalu bagi menghadiri acara Anugerah Televisyen Asia ke-24.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: