23 January 2020

TERLANTAR DI HOSPITAL - PEMINAT SPEKULASI EYRA HAZALI HAMIL


Baru-baru ini, ada sekeping foto yang merakamkan pelakon Eyra Hazali terlantar di katil hospital yang dikongsikan menerusi kemas kini Instagram peminat. Serentak dengan perkongsian foto berkenaan, ada yang memberi pesan buat bintang 'Mr. Grey' itu agar lekas sembuh.





Dalam pada itu, ada juga yang memberi bayangan situasi yang dihadapi Eyra itu adalah bayangan dirinya sedang hamil. Bagaimanapun, entri berkenaan tidak pula memberi perincian lanjut mengenai status kesihatan pelakon tersebut.

Terdahulu, Eyra dan Muhammad Haziq Nadzli yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Media hiburan, Instagram Haziq x Eyra, Eyra Hazali & Muhammad Haziq Nadzli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: