"Alhamdulillah... isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi. Baby sihat dan isteri saya selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan," demikian tulis pelakon Amar Baharin yang memaklumkan berita gembira dimana isterinya yang juga seorang pelakon, Amyra Rosli selamat melahirkan anak kedua mereka mereka, pagi semalam.

Perkara itu diumumkan menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya. Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya. Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Amar yang tumpang gembira dan mengucapkan tahniah di ruangan komen.
Pada Julai tahun lalu, Amar menerusi sebuah video membuat pengumuman bahawa Amyra hamil tiga bulan. Lebih menggembirakan berita kehamilan itu diterima pada ulang tahun kelahirannya ke-34 iaitu pada 1 Julai lalu. Amar dan Amyra berkahwin pada 2016 dan sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada 15 Oktober 2017.
Nampaknya impian pasangan selebriti ini untuk menimang cahaya mata kedua pada 2 Februari 2020 tidak menjadi kenyataan apabila Amyra selamat melahirkan bayi perempuan pada 1 Februari 2020.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Harian Metro, Instagram Amar Baharin & Amyra Rosli
________________________

No comments:
Post a Comment