02 February 2020

KEMBALI KE IG - POSTING PERTAMA LITTLE MISS KHAN RAIH RIBUAN LIKES


Selepas hampir setahun 'senyap', akhirnya kemunculan adik kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Ameera Khan yang turut sinonim dengan panggilan 'Little Miss Khan' kembali aktif di laman Instagram. Foto pertama yang dimuatnaik oleh Ameera itu nyata menghilangkan rindu netizen.





Tidak sampai 10 minit berkongsi foto, lebih 500 komen dan hampir 12,000 tanda suka diterima Ameera. Rata-rata netizen memberikan reaksi di atas kepulangannya ke dunia sosial.

Terdahulu, kelibat Ameera di majlis perkahwinan kakaknya nyata mengubat kerinduan netizen. Neelofa terdahulu ada meminta ramai supaya menghormati pendirian adiknya itu dan akui Ameera akan aktif di media sosial sebagaimana remaja seusianya dalam tempoh terdekat.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ameera Khan (Little Miss Khan)


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: