24 February 2020

10 GAMBAR - TASHA SHILA SELAMAT BERTUNANG JEJAKA SEBAYA


"Syukur Alhamdulillah, bismillah and In sha Allah... Thank you so much to everyone that made this event a success! To both of my family, I love you very much and to my dear friends it was great seeing all of you today. Terima kasih," kongsi Tasha Shila, 33, yang selamat bertunang dengan jejaka pilihannya Muhammad Atiq Bin Idris, 33, semalam.





Majlis tersebut berlangsung di Aireka Event Space, Empire Damansara setelah Tasha dirisik pihak lelaki pada 1 Februari lalu.

"Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka majlis tunang kami berjalan dengan semeriah ini. Meski perkenalan kami boleh dikatakan singkat, tetapi saya bersyukur kerana sudah sampai jodohnya, terbuka hati.

"Rasa tenang dan bila bertemu dengan Atiq, saya dapat rasakan hadirnya cinta sejati apabila bertemu dengannya.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih juga kepada semua yang hadir dan majlis berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.

"Semoga segalanya akan dipermudahkan selepas ini, insyaAllah," ujar Tasha dipetik sebagai berkata pada media.

Untuk info, cincin pertunangan Tasha telah disarungkan oleh ibu pihak lelaki, Puan Rahimah Yoep.



Selepas ini, majlis pernikahan bakal diadakan pada hujung bulan ini di ibu negara.

"Meski dia nampak garang pada luaran, tetapi hatinya sangat baik. Seorang yang lembut, sayangkan keluarga dan sukakan kanak-kanak.

"Dia juga menjaga solat dan kami saling kenal ketika dia melakukan satu majlis amal di Masjid Wilayah," kata Muhammad Atiq bila ditanya media mengenai peribadi Tasha.















         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: